Wednesday, February 13, 2013 | 10:32 PM |
0 comments
Asalamualaikum and hye guysssssssss :D sucha long time tk update blog . so ni hao ma ? Im good . ehaha . So hari ni , aku ada bnyk mse terbuang tht's y aku ad masa nak update blog . nmpk tk tk sedarnyee tu nk exam . tasyaa , spm tasyaa . SPM ! . huh ~
okay so , hari ni , I would like to share about Rahsia Pelajar cemerlang . okay where did I got this thing? actually rahsia pelajar cemerlang ni I got it from one of motivation book and I found it , it's really good to share so I decided to update blog w sharing this thing la .So , untuk menjadi pelajar cemerlang , mereka mempunyai visi misi dan prinsip yg utuh untuk menguatkan lagi kesetiaan mereka terhadap kejayaan . ada 13 Rahsia yg didapati . so here it go ~
1.matlamat dan sasaran
pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. mereka tahu apa mereka belajar.Mereka tahu berapa 'A' yang mereka mahukan ataupun peratus markah setiap subjek yang mereka mahukan .Mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di universiti , mahukankerjaya yang bagaimana dan sebagainya .
2.Percaya
pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang . hanya faktor asa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya.mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya
3.Tumpuan
Pelajar berjaya memberikan tumpuan pasa setiap perkara yang mereka lakukan . Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberi tumpuan itu . Mereka juga memberikan tumpuan semasa melakukan ulang kaji .
4.Perancangan
Pelajar berjaya mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik baiknya . Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya . Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka .
5.Strategi Belajar
Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap . mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang baik . Di samping itu , merekajuga belajar secara berkumpulan.
6.Menjaga Masa
pelajar berjaya tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja . Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar .Jadual harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah , tuisyen , ulang kaji , riadah , rehat . todur , berkawan dan sebagainya . Jadual Belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda . Subjek apa mahu dipelajari ? bab berapa ? berapa lama belajar ? Berapa banyak yang mahu dibaca? dan sebagainya .
7.Pergaulan
Pelajar berjaya berbaik baik dgn semua orang . Tetapi mempunyai beberapa orang rakan karib yang berkongsi matlamat yang sama dan saling membantu antara satu sama lain
8.Hubungan baik dengan guru.
Pelajar berjaya rapat dengan guru guru dan sentiasa tidak segan untuk bertemu dengan mereka bagi mendapatkan bantuan.Mereka tahu apayang mahu ditanya dan caramemanfaatkan khidmat guru guru yang ada . Namun begitu , mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru . Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagu meningkatkan senidiri penguasaan mereka dalam sesuatu projek .
9.Konsisten atau istiqamah
Pelajar berjaya adalah mereka yang bukannya rajin hari ini tetapi malas esoknya.Hari ni mereka rajin belajar sehingga mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tetapi esoknya malas sekali . perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda.Sebaliknya , pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar . But sedikit tetapi berterusan. Mereka meletakkan sasaran tertentu . Misalnya mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari atau menjawab 50 soalan setiap hari . Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi .
10.Persistent
Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak dapat menyelesaikan masalah ataupun soalan yang susah serta mencabar minda . Mereka berusaha mendapatkan jawapannya sama ada dengan bertanya pada guru , merujuk pada kawan , membaca buku buku tambahan dan sebagainya .
11.Sanggup Berkorban
Remaja mana tidak suka hiburan dan keseronokan . Tetapi pelajar cemerlang dapat mengekang perasaab mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran.Mereka sanggup berkorban masa , tenaga , wang ringgit dan perasaan . Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain , lebih gigih , bersungguh sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku buku tambahan serta tidak terlibat dengan cina monyet yang melalaikan
12.Agama Nombor Satu
Bagi pelajar bergama islam , merka faham hakikat hidup ini sebagau suatu ibadah . Mereka juga sedar kepentingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa suapaya pelajaran yang diperoleh itu mendapat keberkatan . mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat Tuhan
13.Pemantauan
Pelajar berjaya sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat post-morterm bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada . mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. mereka selesaikan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak difahami itu dengan serta merta .
So , with this sharing knowledge I hope u guys can take it as a guide to boost up your enthusiasm for your preparation for exam especially SPM , PMR and so on . so I hope you guys will like it :)
Older Post | Newer Post